Alhamdulillah, pada Hari Raya Korban yang pertama, PERKIM BTP telah mengorbankan 2 ekor kambing di rumah anak yatim. Tujuannya adalah untuk memberikan anak-anak yatim pengalaman menyaksikan korban. Setiap tahun mereka tiada peluang menyertai korban, tahun ini alhamdulillah PERKIM BTP dapat melaksanakan hasrat mereka dengan izin Allah.
PERKIM BTP juga telah memasak sebahagian daging dan diberikan kepada anak-anak yatim.
Sekecil mana pun sumbangan anda, jangan bimbing, kerana Allah hanya menilai keikhlasan hati kita.
Terima kasih atas sokongan anda.