Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Kurangkan Kelaparan Penduduk Yaman
Rakyat Malaysia tidak boleh lagi berdiam diri terhadap kezaliman Israel yang menyalakan api di seluruh rantau arab.
Beberapa hari yang lalu, tentera Israel telah melancarkan serangan udara ke atas Lubnan, Syria dan Yaman . Di Yaman , serangan tersebut telah mengakibatkan kemusnahan besar di bandar pelabuhan utama al-Hudaidah dan tangki minyak di Pelabuhan Ras Isa. Kedua-dua lokasi ini merupakan nadi penting bagi negara Yaman, terutamanya dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan. Pelabuhan al-Hodeidah adalah pintu masuk utama bagi bantuan kemanusiaan ke Yaman. Dengan kemusnahannya, rantaian bekalan makanan yang sudah sedia rapuh kini terputus.
Ini memburukkan lagi keadaan di Yaman, di mana rakyatnya telah lama menderita akibat kebuluran yang berpanjangan.
Apakah langkah mitigasi Iltizam lakukan bagi mencegah kebuluran yang dialami penduduk Yaman?
Sejak tahun 2017, Kilang Roti iltizam telah dibangunkan untuk menyediakan roti segar kepada mangsa-mangsa perang di Yaman. Dengan sokongan anda, kami dapat meneruskan usaha ini dan menghalang kebuluran yang lebih teruk.
Sumbangan anda boleh menyelamatkan nyawa mereka
Derma seikhlas hati.
🌐 klik link ini untuk menyumbang:
bakeriiltizam.iltizamrelief.com
Bantu kami menyelamatkan nyawa, memperkasakan komuniti dan memastikan lebih ramai kanak-kanak Yaman berpeluang untuk membesar dengan sihat.
Yaman perlukan anda dan mereka sentiasa mendoakan bagi orang yang membantu mereka dalam kesusahan
Terima Kasih atas sokongan yang tidak berbelah bagi
Alhamdulillah, penghantaran roti untuk hari kedua telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman, senyuman telah terukir di wajah penerima ketika mereka menerima makanan hasil daripada sumbangan anda. Hati mereka terubat setelah beberapa hari berdepan dengan kesukaran mendapatkan makanan. Teruskan sokongan anda agar kita dapat membantu lebih ramai lagi. Terima kasih Malaysia! 💖 #IltizamRelief #PrayForYemen