Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM315 / 6.30 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Al-Quran merupakan kitab suci umat Islam. Bagi yang membaca dan mengamalkannya akan mendapat pahala bahkan akan mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT. Terlalu banyak fadhilat membaca Al-Quran. Sesungguhnya, pengajaran dan bimbingan terhadap bacaan dan penghayatan Al-Quran perlu disuburkan sejak dari kecil lagi. Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Orang yang paling baik dalam kalangan kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” (HR. Al-Tirmizi)
Lawatan kami ke beberapa buah surau berdekatan PPR di sekitar Lembah Klang baru-baru ini ada berjumpa dengan kumpulan-kumpulan kecil anak-anak asnaf yang sedang mengaji Al-Quran dengan dibimbing oleh ustaz dan ustazah. Anak-anak asnaf ini sungguh tekun mempelajari bacaan Al-Quran. Ada sesi sebelum maghrib dan ada selepas maghrib. Pihak kami difahamkan bahawa mereka ini membayar sekitar RM25 hingga RM30 sebulan untuk guru yang datang mengajar.
Oleh itu, atas rasa prihatin dan terharu melihat anak-anak asnaf ini mengaji Al-Quran dalam keadaan ibu bapa mereka adalah orang susah, maka pihak Yayasan terpanggil untuk menyalurkan bantuan keperluan untuk anak-anak ini seperti Quran, kitab Iqra’, penanda buku, beg sandang dan peralatan menulis serta sedikit bantuan kewangan yang membolehkan anak-anak ini membayar yuran kepada guru yang mengajar. Bantuan ini akan menyasarkan anak-anak asnaf yang berjumlah 150 orang yang berada di beberapa kawasan di sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program yang mulia ini demi melihat anak-anak asnaf terus istiqamah dan tekun untuk mempelajari ayat-ayat suci Al-Quran. Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini, generasi celik Al-Quran akan terus subur di negara kita. Insyaallah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah sambil membaca Al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka.” (HR. Muslim)
Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”. (Fathir : 29)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2022