YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 16, 2023

INFAQ JUMAAT JAMU MAKAN ANAK YATIM

RM1,631 / 23.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

88 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program Infaq Jumaat jamu makan untuk anak-anak yatim Asnaf. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi ganjaran oleh Allah SWT.


Assalamualaikum wbt. Sesungguhnya golongan anak yatim perlu disantuni dan disayangi, lebih-lebih lagi sekiranya mereka adalah golongan asnaf yang amat memerlukan bantuan dari kita. Mereka memerlukan kita untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bantuan dan sedekah yang disalurkan kepada mereka sudah pasti sangat bermakna untuk mereka.



Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas)



Menyedari akan peri pentingnya menyantuni anak-anak yatim ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menyediakan jamuan makanan kepada anak-anak yatim di beberapa pusat penjagaan persendirian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Anak-anak yatim asnaf ini ada juga yang dijaga oleh ahli keluarga terdekat setelah ketiadaan orang tua mereka. Jumlah mereka yang akan diraikan dengan jamuan ini adalah sekitar 100 orang yang berada di sekitar negeri Selangor dan Lembah Klang. Di samping itu, mereka juga akan diberikan sedikit duit poket untuk keperluan diri.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini demi melihat golongan anak yatim asnaf gembira dan merasakan bahawa mereka tidak sekali-kali dipinggirkan oleh masyarakat. Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ”Aku dan orang-orang yang memelihara anak yatim di syurga seperti ini. Beliau menunjukkan telunjuk jari tengah serta beliau merenggangkan antara keduanya.” (HR. Muslim)



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah: 220)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2023

YUNOS MANSOR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat