Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,887 / 77.74 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
162 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum W.B.T.
Infaq Jumaat Untuk Pelajar Tahfiz Yatim Piatu Miskin
Ketika anak-anak kita menikmati kesenangan dan kecukupan hidup bersama keluarga khususnya yang masih memiliki ibu ayah, perlu diingat bahawa di luar sana begitu ramai anak-anak yang telah kehilangan ibu ayah samada sejak kecil mahupun ketika masih bersekolah dan mereka sebahagiannya adalah terdiri daripada golongan miskin tegar. Mereka menumpang kasih dan ihsan dengan orang lain untuk meneruskan kehidupan termasuk keperluan pembiayaan pendidikan. Ramai di antara mereka yang yatim piatu ini terpaksa bernaung di sekolah-sekolah tahfiz persendirian.
Oleh itu, melalui program Infaq Jumaat Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) untuk minggu ini, pihak yayasan terpanggil untuk melaksanakan kutipan sumbangan untuk membantu pelajar-pelajar tahfiz dari kalangan anak-anak yatim piatu miskin ini khususnya di kawasan Lembah Klang agar mereka dapat meneruskan pembelajaran hafazan Al-Quran dengan selesa dan sempurna.
Bantuan yang akan diberikan adalah berbentuk bantuan kewangan, makanan dan keperluan asas harian. Semoga dengan keperihatinan kita untuk mereka, hidup mereka akan lebih bermakna, Insya-Allah. Bagi menjayakan program ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan demi manfaat Pelajar-Pelajar Tahfiz dari kalangan Anak Yatim Piatu Miskin. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(al-Baqarah: 261)
Terima Kasih.
Wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
ABDUL AZIZ
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 31, 2021
HAMBA ALLLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 31, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Dec 31, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 31, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 31, 2021