Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,265 / 16.87 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,500
57 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Bukan semua pelajar di pusat pengajian tinggi awam mahupun swasta adalah anak orang berada. Sebahagiannya adalah anak-anak dari keluarga asnaf. Memang benar pelajar akan menerima pinjaman dari institusi yang terpilih namun jumlah bersih yang diterima setelah ditolak yuran pengajian amatlah minima. Mereka bukan sahaja memerlukan keperluan makanan harian, bahkan banyak lagi keperluan lain yang diperlukan seperti pakaian, keperluan pembelajaran, kos pengangkutan, penjagaan diri dan bermacam-macam lagi keperluan.
Ziarah kami ke sebuah pusat pengajian tinggi swasta di ibu negara baru-baru ini telah diadakan bagi menyelami kehidupan anak-anak asnaf yang menyambung pengajian. Pejabat pentadbir IPTS ini amat mengalu-alukan bantuan atau sumbangan dari pihak luar untuk anak-anak asnaf menjalani kehidupan sebagai pelajar pusat pengajian tinggi.
Menyedari akan perkara ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program santuni anak-anak asnaf akan menyalurkan pemberian berbentuk sumbangan kewangan yang berjumlah RM150 seorang kepada 50 orang pelajar di IPTA dan IPTS yang terpilih di kawasan Lembah Klang. Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan sedikit kos sara hidup mereka untuk meneruskan pengajian dengan sempurna.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat pelajar-pelajar asnaf yang memerlukan bantuan dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR. Muslim)
Nabi SAW juga bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(HR. Tirmizi)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 05, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 05, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 05, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 05, 2023