YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 30, 2022

BANTUAN KEPADA ASNAF DAN OKU TERLANTAR SAKIT

RM1,775 / 25.36 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

85 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama membantu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan asnaf dan OKU yang terlantar sakit. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Kesihatan merupakan antara nikmat yang paling besar bagi kehidupan insan. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, apabila diuji dengan sakit khususnya sakit kronik yang terpaksa terlantar lama di atas katil, kepayahan dan kesusahan ini bukan sahaja ditanggung oleh pesakit namun ditanggung juga oleh ahli keluarga yang membantu. Kesusahan mereka menjadi lebih parah apabila mereka adalah dari golongan yang kurang berkemampuan. Ziarah skuad kami yang menemui pesakit-pesakit yang terlantar lama di atas katil mendapati mereka ini adalah terdiri daripada golongan asnaf dan OKU miskin yang memerlukan bantuan.



Menyedari akan peri pentingnya membantu mereka yang sedang menghadapi kesusahan, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui kempen membantu orang susah, akan menyalurkan bantuan berupa keperluan harian pesakit seperti lampin pakai buang, susu khas, tisu basah dan keperluan lain yang difikirkan perlu untuk pesakit. Manakala untuk ahli keluarga mereka, makanan asas kering seperti beras, makanan dalam tin, meehon, roti dan sebagainya serta disedikit bantuan kewangan akan diberikan sebagai usaha untuk meringankan beban yang sedang ditanggung oleh mereka. Sasaran pemberian kami ini untuk 20 – 30 orang pesakit asnaf dan OKU yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini semoga ia dapat membantu meringankan kesusahan serta kepayahan yang ditanggung oleh pesakit dan ahli keluarga mereka. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 01, 2022

Kempen Sumbangan Tamat