YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 23, 2023

SEDEKAH MAKANAN ORANG SUSAH DAN GELANDANGAN DI BULAN PUASA

RM3,200 / 45.71 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

160 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Sedekah Makanan ini demi manfaat mereka yang memerlukan. Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua.


Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Sedekah Makanan kali ini akan menyalurkan bantuan makanan asas/ makanan kering kepada keluarga miskin/susah dan nasi bungkus kepada golongan gelandangan di sekitar Bandar Kuala Lumpur dan Bandar Klang.



Bagi gelandangan ini, menerima sebungkus nasi sudah cukup menjadi nikmat buat mereka. Mereka ini diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kami menyeru kepada anda semua untuk berkongsi rezeki kepada mereka sebagai tanda syukur diberi kenikmatan dan kesempatan beramal di bulan penuh berkah ini. Mudah-mudahan setiap rezeki yang dikongsikan mendapat berkat dan redha Allah dan digantikan dengan kebaikan yang berganda-ganda.


Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sedekah makanan ini demi manfaat mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan anda diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.


Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani)



Dalam Hadis lain, seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sumbangan ini untuk menyatuni gelandangan dengan menyediakan bantuan makanan sahur dan berbuka puasa untuk mereka. Kami dapati bahawa di tempat tersebut banyak golongan gelandangan yang akan menerima sumbangan sebanyak 45 orang sehari.



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 23, 2023

Kempen Sumbangan Tamat