SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN WARGA EMAS DARUL INSYIRAH

RM110 / 2.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mengumpulkan dana bagi membeli barangan asasi warga emas di Darul Insyirah untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan.


Sememangnya mereka bukanlah orang tua kita. Tapi, yakinlah satu hari nanti kita juga akan melalui fasa usia itu.

Dalam berita Harian Metro, statistik menyatakan jumlah rakyat warga emas meningkat kepada 2.23 juta pada suku keempat tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya. Bayangkan kalau sekarang?



Kita faham dengan pelbagai cabaran hidup pada masa sekarang menyebabkan waris juga perlu mencari duit lebih sehinggakan ramai yang memilih untuk menghantar mak ayah ke rumah jagaan warga emas. Bukan sebab meminggirkannya tetapi itulah pilihan terbaik agar mak ayah juga tidak kesunyian di rumah.



Oleh sebab itu, Darul Insyirah sebagai Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas hadir membantu dalam menempatkan warga emas dengan menyediakan rumah jagaan dan pendidikan yang meliputi rohani dan jasmani bagi mengisi masa-masa lapang warga emas dengan perkara yang berfaedah. Darul Insyirah menyediakan perkhidmatan jagaan harian, mingguan dan bulanan dan ia merangkumi kelas harian bersama ustaz dan ustazah dijemput khas untuk mengajar warga emas di sini.



Oleh sebab itu, Darul Insyirah memerlukan sokongan daripada masyarakat luar untuk sama-sama membantu membekalkan barangan asasi yang lengkap kepada semua penduduk Darul Insyirah supaya kebajikan warga emas di sini terjaga dengan rapi. Barangan asasi ini seperti beras, tepung, gula, bihun, teh, minyak masak dan lain-lain adalah barangan yang digunakan setiap hari oleh warga emas disini.



Jadi, jom bersama-sama kami dalam membantu mengumpulkan dana untuk membeli barangan asasi warga emas di Darul Insyirah ini. Yakinlah, sedikit sumbangan yang kita berikan dapat memelihara kebajikan warga emas sama ada dari segi makanan , minuman dan juga kesihatan mereka. Jom bantu warga emas.



Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 22, 2022

Kempen Sumbangan Tamat