Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM805 / 3.22 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000
34 Penyumbang
Kempen Berakhir!
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18).
Latar Kg.Ampil, merupakan sebuah kampung yang terletak di kawasan pedalaman. Ia mengambil masa kira-kira enam ke tujuh jam dari pusat bandar Phnom Penh. Kampung ini juga dikenali sebagai kampung tradisi berusia lebih dari 100 tahun. Sumber pendapatan diperolehi dari hasil pertanian dan menangkap ikan secara kecil-kecilan. Kehidupan mereka sangat daif dan miskin kerana tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Kemiskinan yang dialami menyebabkan anak-anak tertinggal jauh dalam pendidikan rasmi seperti di sekolah kebangsaan.
Anak-anak kampung ini hanya mempelajari kelas agama yang dibuat khas oleh ustaz-ustaz kampung. Kekurangan pendidikan dan peluang pekerjaan menyebabkan kebanyakkan anak-anak muda terpaksa berhijrah ke luar negara untuk mencari pekerjaan seperti di Malaysia dan Thailand. Penghijrahan ini mengambil tempoh bertahun untuk kembali ke Kemboja. Hanya kiriman wang sahaja di hantar kepada ibu-bapa di kampung.
Namun, dalam kedaan pandemik Covid-19 yang mengancam dunia hari ini, pekerjaan anak-anak Kemboja yang berhijrah ke Malaysia dan Thailand turut terjejas. Ada di antara mereka yang diberhentikan kerja dan tidak kurang juga yang gajinya di potong. Dalam situasi ini, kebanyakkan majikan berdepan dengan masalah kewangan dan terpaksa melakukan demikian bagi menyelamatkan syarikat mereka. Kehilangan pekerjaan ini menambahkan lagi kesukaran hidup mereka dalam mecari rezeki bagi menyara hidup di kampung Kemboja.
Kini tidak lagi seperti kebiasaanya pada setiap bulan akan menerima kiriman wang dari anak-anak yang bekerja di luar negara. Ketiadaan sumber pendapatan ibu bapa di kampung telah menyekat mereka untuk membeli sumber makanan. Makanan hanya mendapat ihsan dari jiran tetangga yang juga terhad pendapatannya. Mereka hanya memberi apa yang ada daripada melihat warga emas terus berlapar. Tiada saluran bantuan yang dapat menyelesaikan masalah mereka ini di Kemboja.
Di himpit kemiskinan, mereka menikmati juadah daging hanya setahun sekali. Jom kita sama-sama meraikan warga emas dan mereka yang daif di sini dengan menderma secara berjemaah kerana mereka sangat jarang menikmati daging segar.
Kami mengajak para penderma yang budiman untuk turut serta bersama menyalurkan sumbangan kepada warga tua di kampung ini. Keutamaan pek makanan akan diberikan kepada warga tua/yang sakit, sementara sedekah daging korban diagihkan kepada asnaf dan fakir miskin.
Lokasi : Kg.Ampil,Wilayah Cham, Kemboja
Jenis Bantuan : Daging korban & pek makanan kering
Bilangan Keluarga : 100 keluarga
Sasaran : 3 ekor lembu dan 1 pek makan untuk setiap keluarga. (Makanan asas untuk anggaran 1 bulan)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah,
Agihan daging sedekah korban telah pun dilaksanakan di kampung Ampil dan Trabengcheuk, Kemboja . Semoga Allah rahmati segala 'pinjaman kepada Allah ini.' Terimakasih kepada semua para penderma dan yang mendoakan.
Alhamdulillah,
Agihan daging sedekah korban telah pun dilaksanakan di kampung Ampil dan Trabengcheuk, Kemboja . Semoga Allah rahmati segala 'pinjaman kepada Allah ini.' Terimakasih kepada semua para penderma dan yang mendoakan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 25, 2022
NORFADLI BIN ABDUL LATIF
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 25, 2022
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 25, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 25, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 25, 2022