Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,861 / 34.47 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM11,200
97 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamu’alaikum wbt.Mahukah anda membantu anak-anak yatim dan berjiran dengan Nabi SAW di syurga nanti?
Mereka bukan tinggal di rumah anak yatim yang besar dan terkenal, tetapi 70 anak-anak ini tinggal di 2 buah rumah yang dinamakan “Baitul Kasih” dan dijaga bersama oleh PERKIM BTP.
Untuk Ramadhan 2023, PERKIM telah menaja sahur dan iftar untuk mereka.
Tahun ini kami juga ingin membeli baju raya untuk mereka supaya mereka juga dapat baju baru setiap kali raya sama seperti kanak-kanak yang ada ibubapa.
Berkenaan menyantuni anak-anak yatim ini, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.” (Sahih Muslim, No. 2983)
Kedudukan kita adalah hampir dengan Nabi SAW di syurga nanti. Semoga Allah mengurniakan kita semua tempat di syurga-Nya. Oleh itu, hulurkan seikhlas hati dari sekarang, supaya PERKIM bersedia lebih awal dan boleh merancang awal untuk pelaksanaannya nanti.
Sasaran kami adalah mampu membelanjakan kos untuk sahur dan iftar sebanyak 70 orang dengan kos RM3.00 selama 30 hari bersamaan RM6,300. Baju raya untuk 70 orang sebanyak RM70 bersamaan RM4,900. Oleh itu, jumlah yang diperlukan ialah RM11,200. Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada para penyumbang yang dermawan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Pada 31/3/2024, PERKIM BTP telah membawa 50 anak-anak rumah Cahaya Kasih.
Ini merupakan kali pertama PERKIM BTP membelikan baju raya untuk anak-anak ini yang mana kesemua mereka adalah budak lelaki berumur dari 5 hingga 11 tahun.
Tahun lepas, PERKIM BTP telah menaja iftar untuk rumah anak yatim ini untuk 10 hari terakhir.
Terima kasih kepada anda semua yang telah menyumbang untuk kempen ini.
Untuk makluman, PERKIM BTP menetapkan polisi bahawa sumbangan untuk anak yatim akan dibelanjakan 100% untuk anak yatim sahaja.
Anda masih boleh menyumbang. Ayuh, gandakan pahala di bulan Ramadhan ini dengan bersedekah untuk PERKIM menjalankan aktiviti seperti ini.
Ayuh, bantu kami.
Pada 22/3/2024, AJK PERKIM BTP hadir menyantuni dan berbuka puasa dan Solat Maghrib bersama 26 anak-anak yatim Baitul Kasih serta penjaga-penjaga mereka.
Iftar dan Sahur Baitul Kasih untuk 3 hari ditaja oleh PERKIM BTP hasil sumbangan anda semua. Iftar dan Sahur untuk 10 malam terakhir juga akan ditaja.
Terima kasih atas sumbangan anda.
Kami juga akan membawa 50 anak-anak yatim shopping raya pada hari Ahad depan, insya Allah.
Ayuh, bantu kami.
Update gambar
Update gambar
Alhamdulillah, sejuk mata melihat anak-anak yatim dan yang kurang bernasib baik berbuka puasa dengan hasil tajaan anda semua di Rumah Baitul Kasih. Ini merupakan tahun kedua PERKIM BTP menyediakan makanan untuk anak-anak ini berbuka puasa. Terima kasih kepada anda semua yang telah menyumbang.
Setakat ini dana iftar anak yatim hanya cukup untuk 6 hari sahaja. Ayuh, gandakan pahala anda dengan bersedekah untuk iftar anak yatim ini.