Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,105 / 42.10 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
133 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Konflik di negara ini telah mengorbankan puluhan ribu nyawa manakala jumlah pelarian pula semakin meningkat. Sementara itu, hampir 80 peratus penduduk Yaman yang berjumlah sekitar 29 juta orang bergantung kepada bantuan luar sehinggakan negara itu menjadi negara yang mengalami krisis kemanusiaan terbesar di dunia. Dianggarkan hampir separuh atau 13 juta penduduk Yaman diancam kebuluran oleh PBB.
Konflik di Yaman memasuki tahun yang kelapan. Setelah bertahun lamanya berperang, Yaman kini terancam akan bencana kelaparan dan krisis kemanusiaan terbesar sekiranya peperangan masih berlanjutan.
Berikan Roti Percuma Kepada Penduduk Miskin Yaman
Yaman telah dilanda perang saudara sejak hujung tahun 2014, ketika pemberontak Houthi yang disokong Iran menguasai ibu kota Sanaa dan sebahagian besar di utara negara itu, memaksa Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi melarikan diri ke selatan, lalu ke Arab Saudi bagi mendapatkan perlindungan.
Namun jika tidak adanya pemerintah pusat yang bertanggungjawab setelah diusir pemberontak keluar dari ibu kota ke wilayah selatan negara, ia mampu menyebabkan konflik dan krisis-krisin lebih sukar dikendalikan. Hal ini kerana konflik yang tidak berkesudahan di negara Yaman itu menjadikannya negara termiskin di Semenanjung Arab beberapa tahun.
Terdapat juga hal-hal lain yang mengakibatkan krisis kemanusiaan di Yaman bertambah teruk. Bantuan-bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan telah disekat dari darat, laut dan udara oleh Perikatan Tentera Arab yang dipimpin Arab Saudi dalam menentang pemberontak Houthi. Dalam masa yang sama pemberontak itu sendiri turut menyekat segala bantuan -bantuan yang disampaikan kepada penduduk Yaman.
Selain Itu, Program Makanan Sedunia atau World Food Programme (WFP) memberi amaran sekiranya gangguan import masih berterusan di dua pelabuhan utama, iaitu Hudaidah dan Saleef ini akan menyebabkan lagi bencana kelaparan di Yaman.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
May 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 26, 2023